Sabtu, 6 Julai 2013

BSS 8: komentar bekas ahli bss

Bismillahirrahmannirrahim.....
aku tertarik membaca komentar daripada seorang yang menggelarkan dirinya sebagai BEKAS BSS yang ditulisnya di ruangan budi suci sejati di topix..... aku ambil komentar beliau dan aku letakkan di sini untuk dihayati bersama..... komentar beliau seperti berikut:-
bekas bss
Kuala Lumpur, Malaysia
Apr 18, 2012
sedara salah tafsir ni..maksud ayat tersebut cahaya nurallah..drp cahaya zat allah inilah..terciptanya nurmuhammad..nurmuhammad terdiri dari roh , akal qalam, nur yg duduknya didalam hati kepada hati..cahaya ini lah yg dimaksudkan nur allah..rahsia allah yg diberikan pada setiap manusia..sebagai penanggung rahsia allah drp nur muhammad terciptanya arash..kemudian drp arash ni la br la diciptakan roh2 lain...roh2 lain inilah yg di maksudkan org yg diberikan petunjuk pada yg dikehendakinya...MANA ADA CERITA CAHAYA BUDI..jgn pandai2 tafsir..tp tak betul..belajar la bab mengenal allah....

Ayat 36..cahaya itu dirumah-rumah yang disana telah diperintahkan allah untuk memuliakan dan menyebut nama-nya, disana bertasbih(menyucikan) namanya pada waktu pagi dan petang....itu adalah dengan zikrullah..bukan berjurus atau isi pokok badan...wasalam.... 
alhamdulillah, begitulah yang ditulisnya... aku tidak menokok tambah walau sepotong ayat dalam komentar beliau ini..... inilah contoh ahli bss yang gagal menemui rahsia melalui amalan, lantas beliau mencari alternatif lain, seterusnya apabila beliau mendapati bahawa di dalam ajaran alternatif yang dipilihnya itu tiada membayangkan langsung akan kebenaran amalan budi suci sejati, lalu tanpa usul periksa yang lebih lanjut beliau terus melabel amalan budi suci sejati ini hanya sebuah cerita rekaan semata-mata...... 

Jumaat, 19 Oktober 2012

BSS 7: mencari rahsia?

Bismillahirrahmannirrahim.....

dah hampir 2 minggu aku tak mencoret dalam blog alternatif ni... aku terlalu sibuk, masa tidak mengizinkan aku untuk mencoret... malam ni aku rasa free, so aku nak sambung mencoret perihal budi suci sejati dari sudut pandangan aku...

aku perhatikan ramai ahli bss yang tercari-cari apakah amalan yang mereka bawa sekian minggu berganti bulan berganti tahun... mungkin juga sudah mengamalkan amalan budi suci sejati ini selama sedekad atau berdekad-dekad tetapi masih lagi mencari erti...

di mana silapnya?

aku tidak mengatakan bahawa aku sudah menemui rahsia budi suci sejati, aku juga masih tercari-cari dan akan terus mencari... INILAH SILAPNYA... rahsia budi suci sejati sebenarnya tidak perlu dicari pun... rahsia tersebut akan hadir, tersingkap satu persatu... JANGAN DICARI! kerana jika anda mencari, anda akan hampa...

apa terjadi bila kehampaan datang? salah satu perkara yang akan terjadi adalah anda akan hilang keyakinan terhadap amalan budi suci sejati ini, seterusnya hilang semangat untuk meneruskan amalan budi suci sejati dan anda akan menumpukan kepada ilmu-ilmu yang lain...

lebih mendukacitakan apabila tidak berjumpa rahsia, anda beralih kepada perguruan lain, anda menyertai kumpulan-kumpulan tarikat atau hakikat atau sebagainya... jika itu yang berlaku, ANDA RUGI BESAR...

aku tak kata bahawa dengan menyertai kumpulan-kumpulan tarikat atau hakikat itu salah tetapi apa yang aku cuba sampaikan di sini adalah MERUGIKAN jika anda sebenarnya telah melewati satu-satu jalan kemudian anda berpatah balik kepada pertengahan jalan... faham tak?

ilmu budi suci sejati sebenarnya ada syariat ada tarikat ada hakikat ada makrifat di dalamnya malah ilmu ini sebenarnya melewati makrifat.... anda pening? sabar... teruskanlah beramal dengan IKHLAS.....

Isnin, 8 Oktober 2012

BSS 6: haq

Bismillahirrahmannirrahim.....

apabila ditanya kepada ahli budi suci sejati apakah amalan budi suci sejati? jawapan daripada kebanyakan ahli adalah budi suci sejati adalah amalan haq..... wah hebat jawapan mereka..... tetapi cuba ditambah lagi soalan lanjutan, apakah maksud amalan haq? hmmm ramai juga yang terkedu nak menjawabnya..... tapi bukan semua yang terkedu, ramai juga yang memahami ertikata sebenar amalan yang mereka bawa..... syukur.... tapi tak kurang juga majoritinya memberikan jawapan yang sipi-sipi, tidak mengapa kerana lama kelamaan nanti berjumpa juga dengan jawapan yang bulleyes.....

bagi ahli yang baru sudah cukup jika faham bahawa amalan haq itu bermaksud amalan yang berkaitan dengan roh..... tapi jangan berhenti sampai di situ sahaja, pergilah lanjutkan kefahaman anda mengenai roh.... untuk mengenal haq, maka salah satu jalannya adalah dengan mempelajari ilmu mengenal diri.....

ilmu haq mengenal diri ini tidak diceritakan secara terbuka oleh guru-guru budi suci sejati terutama bagi persatuan yang besar yang ada di malaysia ni..... guru tidak akan sewenang-wenangnya menceritakan kepada anda mengenai haq..... jadi, pandai-pandailah anda berkomunikasi dengan guru-guru budi suci sejati bagi mendapatkan kefahaman yang tepat berkenaan amalan haq budi suci sejati...

jika anda tidak berkesempatan untuk bertemu guru budi suci sejati anda, tiada menjadi kesalahan kepada anda untuk mencari guru-guru hakikat makrifat bagi membongkar erti haq..... TETAPI anda harus ingat, jangan sesekali ditafsir secara terus apa yang anda dapat daripada guru-guru hakikat makrifat tersebut..... jika anda terus mentafsirnya nescaya anda tidak akan dapat membongkar kerahsiaan budi suci sejati..... kenapa? kerana sifat keilmuan budi suci sejati itu sendiri melangkaui hakikat makrifat..... jeng jeng jeng..... :-)

bimbingan daripada guru-guru hakikat makrifat yang bukan terdiri daripada ahli budi suci sejati boleh dijadikan jambatan untuk membongkar kerahsiaan budi suci sejati tetapi ianya tidak dapat memecahkan kerahsiaan budi suci sejati itu sendiri..... budi suci sejati is beyond hakikat makrifat.... jeng jeng jeng.... :-)

jadi, kepada ahli budi suci sejati yang mencari, berhati-hatilah......

Ahad, 7 Oktober 2012

BSS 5: rukun dan peringkat BSS

Bismillahirrahmannirrahim.....

posting aku yang ke 5..... wahhh angka 5... angka 5 besar pengertiannya dengan amalan budi suci sejati...

5 rukun amalan budi suci sejati
5 peringkat amalan budi suci sejati

apakah 5 rukun amalan budi suci sejati?
1. keyakinan
2. jurusan
3. pernafasan
4. makrifat
5. isi pokok badan

apakah 5 peringkat amalan budi suci sejati?
1. peringkat pengisian pertama
2. peringkat merasul
3. peringkat dewasa
4. peringkat istimewa
5. peringkat penutup

ramai ahli yang menghafal rukun-rukun dan peringkat-peringkat di atas tetapi tidak semua ahli budi suci sejati dapat memahami dan menghayatinya. tetapi sejak akhir-akhir ini aku perhatikan ahli-ahli budi suci sejati sudah mula terdedah serta melibatkan diri untuk lebih memahami pengertian rukun-rukun dan peringkat-peringkat di atas secara serius.

dewasa kini kebanyakan ahli sudah mula membuka mata bahawa amalan budi suci sejati ini bukanlah sekadar ilmu mempertahankan diri daripada segala semangat kezaliman dan perbuatan yang zalim semata-mata tetapi amalan ini melebihi daripada itu.

namun, ahli-ahli budi suci sejati harus lebih teliti dan berjaga-jaga di dalam membuat tafsiran amalan budi suci sejati ini agar tidak menuju lorong yang salah..... tapi itu bukanlah suatu masalah yang besar kerana untuk sampai ke destinasi pasti juga akan tersalah mengambil lorong..... yang menjadi kesalahan adalah apabila ahli berasa ego dan tidak mengakui kesalahan diri sendiri..... jika itu yang berlaku maka perasaan ego riak ujub itulah yang akan memimpin ahli terus hanyut di dalam lorong yang salah tersebut...

oleh yang demikian, aku ulangi ayat aku dalam catatan aku yang lalu, "ikhlaskanlah diri mempelajari ilmu budi suci sejati ini".....

Sabtu, 6 Oktober 2012

BSS 4: Kefahaman ahli mengenai budi suci sejati

Bismillahirrahmannirrahim...

hari ni aku nak cakap pasal amalan budi suci sejati. kalau nak diikutkan terlalu banyak info yang boleh kita dapati melalui internet mengenai amalan budi suci sejati ni. macam-macam pandangan diberikan mengenai amalan terutama daripada ahli budi suci sejati. yang uniknya mengenai kefahaman amalan budi suci sejati ini adalah lain ahli lain kefahamannya dan lain pula penghuraiannya, walaupun kadang-kadang kita dapati mereka adalah daripada guru yang sama. faham ke maksud aku ni? maksud aku, kadang-kadang kita akan berjumpa dengan pendapat yang berbeza walaupun pada asasnya yang memberikan pendapat berbeza itu asalnya mereka berguru dengan guru yang sama. pelik ke?

tak peliklah. itulah istimewanya amalan budi suci sejati ni. ianya berbentuk universal. 1 perkara boleh dipecahkan kepada beribu-ribu huraian dan kesemua huraian itu adalah betul he he he... persoalannya mengapa perkara ini boleh terjadi? ada banyak faktor perkara ini terjadi tetapi faktor yang paling agung adalah Allah itu Maha Besar... dan inilah bukti ayat yang mengatakan "jika kesemua air di lautan dijadikan dakwat hingga habis dan ditambah lagi dengan 7 lagi air lautan menjadi dakwat untuk menulis ilmu Allah, nescaya tidak akan cukup air-air lautan tersebut... jadi, pelik ke jika lain ahli lain pula pendapatnya?

niat memainkan peranan yang amat penting yang akan memacu perjalanan anda di dalam mempelajari ilmu budi suci sejati. jika anda berniat untuk menjadi seorang perawat yang handal lagi disegani, anda akan dipacu ke arah itu... sebutlah apa sahaja niat anda dalam mempelajari budi suci sejati ini, akan akan dipacu ke arah yang anda niatkan...

jadi, berhati-hatilah jika anda membuat keputusan untuk mempelajari amalan budi suci sejati ini. aku dah pesan sebelum ni, kalau nak belajar ilmu budi suci sejati ni, IKHLASkanlah diri...

Jumaat, 5 Oktober 2012

BSS 3: Senario BSS masa kini

Bismillahirrahmannirrahim...

pada pandangan aku daripada apa yang aku lihat dan dengar, BSS di Malaysia kini sangat berkembang. terdapat banyak pusat-pusat pengajian BSS di Malaysia sekarang ni. namun, kebanyakannya bergerak secara underground. sukar untuk mengetahui berapa jumlah sebenar pusat-pusat pengajian BSS masa kini kerana saban bulan berganti tahun semakin bercambah dan bertambah pusat-pusat pengajian BSS di seluruh Malaysia. lain persatuan lain perguruan lain pula cara penyampaian dan pemahaman mengikut kaedah pusat pengajian masing-masing.

info terbaru, sebuah persatuan perguruan BSS akan menganjurkan perhimpunan terbesar ahli-ahli BSS seluruh dunia. khabarnya semua ahli BSS tidak kira dari pusat pengajian mana mereka belajar dijemput untuk hadir bersama-sama ke perhimpunan tersebut. khabarnya lagi wakil-wakil pusat-pusat pengajian BSS dari seluruh dunia seperti Australia, Jerman, Indonesia, China, India dan lain-lain negara juga akan turut menyertai perhimpunan terbesar yang julung kali diadakan ini.

usaha yang dilakukan oleh perguruan tersebut sangat-sangat  dipuji. usaha tersebut dilihat akan dapat menyatukan seluruh ahli-ahli BSS tanpa mengambil kira latarbelakang dan fahaman masing-masing. sekiranya penyatuan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, maka tidak mustahil satu hari kelak BSS juga akan dapat menonjol dan diiktiraf sebagai benteng negara oleh pihak kerajaan sepertimana persatuan seni silat gayung (contoh sahaja). 

namun, untuk diiktiraf oleh pihak kerajaan bukanlah semudah makan kacang botak, perhimpunan tersebut adalah titik permulaan dan pentas terbaik untuk digunakan oleh semua ahli budi suci sejati untuk bersatu dan membersihkan nama BUDI SUCI SEJATI yang sudah sekian lama terpalit dengan anggapan sesat oleh masyarakat. apabila masyarakat sudah mengerti apa sebenarnya amalan budi suci sejati, tidak mustahil akan bertambah berlipat kali gandalah keahliannya nanti.

perhimpunan yang pertama ini adalah platfom yang terbaik. perhimpunan demi perhimpunan hendaklah diteruskan selepas itu. (ini harapan aku). semoga Allah memberkati perhimpunan tersebut.

"kebangkitan tentera yang membawa panji-panji hitam dari timur"... adakah?

BSS 2: Sesat?

Bismillahirrahmannirrahim...

mmm mudah untuk kita menghukum, semudah makan kacang. tapi benarkah amalan budi suci sejati ini sesat?

nasihat aku kepada yang ingin tahu jawapannya, anda sendiri kena belajar dan fahami melalui guru-guru budi suci sejati. jika hanya membaca sumber-sumber yang banyak anda boleh dapati terutama dalam dunia maya ni, maka anda tidak akan berjumpa jawapannya sampai bila-bila. begitu juga jika anda bertanya kepada ahli-ahli budi suci sejati, belum tentu anda mendapat jawapan yang tepat mengenainya kerana bukan semua ahli budi suci sejati itu benar-benar faham amalan budi suci sejati serta bukan semua ahli budi suci sejati mempunyai kelayakan untuk menceritakan perihal keilmuan budi suci sejati.

jadi, dengan mempelajari sendiri keilmuan budi suci sejati ini anda akan dapat menilai sendiri sejauh mana kebenaran kata-kata mereka yang mendakwa budi suci sejati ini sesat.

namun begitu, ianya bukan semudah makan kacang juga. kerana ilmu ini hanya dibukakan jalan olehNya kepada insan-insan yang Dia pilih. oleh itu, jika anda benar-benar ingin mempelajari budi suci sejati, pertamanya, anda perlu mengikhlaskan diri anda untuk mempelajarinya dan keduanya, anda panjatkanlah doa kepadaNya agar dibukakan jalan kepada anda untuk mempelajari ilmu budi suci sejati.