Bismillahirrahmannirrahim...
pada pandangan aku daripada apa yang aku lihat dan dengar, BSS di Malaysia kini sangat berkembang. terdapat banyak pusat-pusat pengajian BSS di Malaysia sekarang ni. namun, kebanyakannya bergerak secara underground. sukar untuk mengetahui berapa jumlah sebenar pusat-pusat pengajian BSS masa kini kerana saban bulan berganti tahun semakin bercambah dan bertambah pusat-pusat pengajian BSS di seluruh Malaysia. lain persatuan lain perguruan lain pula cara penyampaian dan pemahaman mengikut kaedah pusat pengajian masing-masing.
info terbaru, sebuah persatuan perguruan BSS akan menganjurkan perhimpunan terbesar ahli-ahli BSS seluruh dunia. khabarnya semua ahli BSS tidak kira dari pusat pengajian mana mereka belajar dijemput untuk hadir bersama-sama ke perhimpunan tersebut. khabarnya lagi wakil-wakil pusat-pusat pengajian BSS dari seluruh dunia seperti Australia, Jerman, Indonesia, China, India dan lain-lain negara juga akan turut menyertai perhimpunan terbesar yang julung kali diadakan ini.
usaha yang dilakukan oleh perguruan tersebut sangat-sangat dipuji. usaha tersebut dilihat akan dapat menyatukan seluruh ahli-ahli BSS tanpa mengambil kira latarbelakang dan fahaman masing-masing. sekiranya penyatuan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, maka tidak mustahil satu hari kelak BSS juga akan dapat menonjol dan diiktiraf sebagai benteng negara oleh pihak kerajaan sepertimana persatuan seni silat gayung (contoh sahaja).
namun, untuk diiktiraf oleh pihak kerajaan bukanlah semudah makan kacang botak, perhimpunan tersebut adalah titik permulaan dan pentas terbaik untuk digunakan oleh semua ahli budi suci sejati untuk bersatu dan membersihkan nama BUDI SUCI SEJATI yang sudah sekian lama terpalit dengan anggapan sesat oleh masyarakat. apabila masyarakat sudah mengerti apa sebenarnya amalan budi suci sejati, tidak mustahil akan bertambah berlipat kali gandalah keahliannya nanti.
perhimpunan yang pertama ini adalah platfom yang terbaik. perhimpunan demi perhimpunan hendaklah diteruskan selepas itu. (ini harapan aku). semoga Allah memberkati perhimpunan tersebut.
"kebangkitan tentera yang membawa panji-panji hitam dari timur"... adakah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan