Khamis, 4 Oktober 2012

BSS 1: Alternatif Info & Pencetus Minda

Bismillahirrahmannirrahim...

sebetulnya sudah lama aku merancang untuk menulis sebuah blog khusus mengenai budi suci sejati. aku lihat sudah banyak info mengenai budi suci sejati boleh didapati dari internet, jadi aku tidak mahu ketinggalan untuk bersama-sama di dalam arus dan gelombang informasi ini. blog aku ini hanyalah untuk memeriahkan lagi dunia budi suci sejati di internet. blog ini bertujuan untuk memberikan informasi alternatif kepada pencinta-pencinta amalan budi suci sejati melalui gaya penulisan aku sendiri.

serba sedikit mengenai aku, aku bukanlah seorang yang berilmu tinggi atau mempunyai pengetahuan yang sangat dalam mengenai amalan budi suci sejati, aku hanyalah seorang ahli biasa yang cetek lagi dengkel ilmunya mengenai budi suci sejati. apa yang aku akan paparkan nanti adalah daripada apa yang aku lihat aku dengar aku rasa aku fahami aku alami lalu aku catat.

pada masa kini info mengenai budi suci sejati bukanlah lagi asing di dunia internet, anda taip sahaja perkataan budi suci sejati di enjin pencarian (search engine) maka anda akan berjumpa dengan pelbagai sumber samada forum, blog, laman web, muka buku (facebook) dan sebagainya. dan yang paling menarik sekali adalah anda akan berjumpa dengan banyak sekali info-info yang menyatakan bahawa budi suci sejati ini adalah amalan sesat ha ha ha... bagi aku, itu menggelikan hati ha ha ha tapi biarlah apa sahaja tanggapan mereka mengenai budi suci sejati, itu hak mereka untuk memberi pendapat apa sahaja yang mereka suka.

aku seorang pengamal budi suci sejati ini tidak merasa terkesan dengan anggapan mereka-mereka yang tidak mengerti. lebih-lebih lagi yang memberikan komen itu sendiri bukan terdiri daripada ahli budi suci sejati, mereka hanya mengambil dan menciplak info-info seumpama menyatukan puzzle mengenai budi suci sejati sedangkan mereka sendiri tidak pernah ingin mengambil tahu mengenai budi suci sejati apalagi untuk mempelajarinya. maka hiduplah mereka di dalam persangkaan mereka semata-mata :-)

oklah, cukuplah dahulu untuk hari ini, akan aku sambung bila aku free nanti. sehingga ketemu lagi..........

4 ulasan:

  1. hebat² sahabat teruskan
    perjuangan,
    hamba berguru sekitar tahun 1999- 2002
    mantap

    BalasPadam
  2. saya pernah belajar bss ni pd tahun 2000.itupun kebetulan untuk saya berubat.masa tu saya menetap di subang dan saya tau tentang bss ni apabila saya pergi ke gopeng perak.saya cuma mengambil peringkat 1.ja.pastu saya xsambung dah.sekarang ni saya menetap di baling kedah..siapa2 yang bolah bantu saya di sini untuk saya menyambung ke peringkat seterusnya.

    BalasPadam
  3. Salam tuan... Anda tinggal di baling mana daerah dan kampung.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum .tuan mengambil bss 2007 sampai mandian tiga.boleh saya sertai persatuan bss Malaysia

    BalasPadam